Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Saya wakil dari pihak Program Pengimejan Diagnostik dan Radioterapi UKM, memohon jasa baik pihak tuan/puan untuk menghebahkan “Diagnostic Imaging and Radiotherapy Colloquium 2018” anjuran UKM dengan kerjasama Institut Kanser Negara (IKN) di dalam laman sesawang Malaysian Society of Radiographers yang bakal di adakan pada Mei 2018.

Terima kasih tidak terhingga diatas kesudian pihak Malaysian Society of Radiographers membuat hebahan. Perincian bengkel adalah seperti dibawah:

Program Pengimejan Diagnostik & Radioterapi, Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia dengan kerjasama Institut Kanser Negara (IKN) akan mengadakan bengkel seperti berikut:-

Diagnostic Imaging and Radiotherapy Colloquium 2018
Tarikh: 22 Mei 2018 (Selasa)
Masa: 8:00 Pagi – 5:00 Petang
Tempat: Institut Kanser Negara (IKN), Kementerian Kesihatan Malaysia, No.4, Jalan P7,Presint 7, 62250 Putrajaya.

Kolokium ini terbuka kepada semua doktor, pensyarah, penyelidik, juru x-ray, pelajar siswazah dan prasiswazah.

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi:
1. Dr. Rozilawati Ahmad (03-9289 0912/ rozie.ahmad@ukm.edu.my)
2. En.Mohd Izuan Ibrahim (019-691 0912/ izuan@ukm.edu.my)

Laman sesawang rasmi : http://www.ukm.my/pdrukm/dirc2018/

Jawatankuasa penganjur memohon pihak YBhg. Prof/Dato’/Datuk/Dr./Tuan/Puan untuk membuat hebahan tentang kolokium ini kepada badan/agensi yang berada di bawah YBhg. Prof/Dato’/Datuk/Dr./Tuan/Puan untuk terlibat sama sebagai peserta.

Sekian terima kasih.

ROZILAWATI AHMAD
Pengarah DIRC 2018,
Program Pengimejan Diagnostik & Radioterapi,
Fakulti Sains Kesihatan,
Universiti Kebangsaan Malaysia.