NOTIS PEMAKLUMAN

MENGENAI KEPERLUAN PERLESENAN DAN PENDAFTARAN
SEMULA BAGI PENGIKTIRAFAN DALAM TEMPOH PKP

4 JUN 2020

Persatuan Juru X-ray Malaysia (MSR) melalui Presiden, En. Sawal Bin Marsait telah mengemukan permohonan kepada Bahagian Kawalselia Radiasi Perubatan (BKRP) berkaitan pengecualian CME bagi semua juru x-ray Malaysia bagi tahun 2020 untuk tujuan pembaharuan dan permohonan lesen mengguna di institusi dan fasiliti masing-masing.

Merujuk kepada maklum balas surat dari pihak BKRP KKM.500-5/6/22 Jld.7 (65), pihak BKRP telah memutuskan untuk memberi kelonggaran terhadap beberapa keperluan perlesenan dan pendaftaran dalam tempoh PKP sepanjang Pandemik Covid-19. Perkara ini boleh dirujuk kepada surat Kemudahan Keperluan Perlesenan dan Pendaftaran Bagi Institusi Perubatan Kerajaan dan Swasta Termasuk Syarikat Juruperunding Fizik Perubatan (Kelas H) yang Berurusan dengan Aktiviti di Bawah Akta Perleseanan Tenaga Atom 1984 (Akta 304) bagi Maksud Perubatan Berikutan dengan Perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP); rujukan KKM100-1/6/3Jld.2(3)BKRP yang dikeluarkan pada 7 April 2020.

Pada perkara (3.2) pada surat tersebut menjelaskan bahawa pihak BKRP mempertimbangkan pengiktirafan semula satu (1) tahun bagi sijil latihan CME/CPE yang telah tamat tempoh dalam waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Pertimbangan berikut adalah termasuklah latihan CME/CPE yang mana tidak mencukupi jam kredit yang telah ditetapkan semasa PKP. Maklumat dan butiran lanjut berkaitan surat tersebut boleh didapati di laman sesawang https://radia.moh.gov.my.

Oleh yang demikian, MSR memohon perhatian dan kerjasama semua juru x-ray ambil maklum perkara ini dan mengambil tindakan mengikut keperluan yang telah ditetapkan. Maklumat lanjut boleh merujuk di laman sesawang MSR https://msradiographer.org.

Sekian, terima kasih

Setiausaha,
Persatuan Juru X-ray Malaysia

DOWNLOAD NOTIS MAKLUMAN
DOWNLOAD SURAT MAKLUM BALAS BSKB
DOWNLOAD SENARAI EDARAN KKM