Kepada :
Yang Dihormati,
Ahli-ahli Persatuan Juru X-ray Malaysia
Tuan/Puan,

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN JURU X-RAY MALAYSIA KALI KE-54 TAHUN
2024

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Juru X-ray Malaysia Kali Ke-
54 bagi tahun 2024 akan diadakan seperti butiran berikut :

Tarikh : 25 Mei 2024 (Sabtu)
Masa : 2.00pm – 5.00pm
Tempat : Mardhiyyah Hotel and Suites, Shah Alam, Selangor

Pendaftaran : https://bit.ly/ASMAGM2024
Borang usul : https://bit.ly/usulAGM2024

3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut :
3.1 Perutusan ucapan alu-aluan Presiden.
3.2 Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Tahunan Ke -53/2023.
3.3 Laporan Aktiviti Tahunan 2023.
3.4 Menerima dan mengesahkan Laporan Kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2023.
3.5 Laporan Juruaudit Dalaman bagi tahun 2023.
3.6 Perbincangan usul.
3.7 Ucapan penangguhan.

Kehadiran dan kerjasama daripada pihak tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“Profesion Kita Tanggungjawab Kita”

Yang menjalankan amanah,

MOHD IMRAN BIN MOHD
Setiausaha Kehormat,
Persatuan Juru X-ray Malaysia (2023/2025)